What's New
  KBAT AMALAN KITA
(Updated: 9/9/2020)
 

KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) adalah satu elemen yang mesti diterapkan dalam PdPc agar murid yang belajar dapat membina tahap permikiran yang baik. Dengan proses ini murid dapat mebina kemahiran untuk keperluan kerjaya Abad ke 21.

Keperluan kerjaya abad ke 21
  1. Komunikasi 
  2. Teknologi maklumat dan komunikasi
  3. Kerja sepasukan 
  4. Keusahawanan
  5. Kepimpinan 
  6. Belajar sepanjang hayat
  7. Fleksibel 
  8. Kebolehan menyesuaikan diri
  9. Berinisiatif dan terarah kendiri
 
Enam  kemahiran berfikir yang perlu dikuasai murid
  1. Kreatif 
  2. Kritis
  3. Menaakul
  4. Berinovasi
  5. Menyelesai Masalah 
  6. Membuat Keputusan

Kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori Anderson (1900) iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.


Jenis kemahiran berfikir

Kemahiran berfikir kritis:
kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional
untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.

Kemahiran berfikir kreatif:
kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu
yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak
mengikut kelaziman.

Kemahiran menaakul:
membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.
Strategi berfikir: cara berfikir yang berstruktur dan berfokus dengan menggunakan alat berfikir dan teknik penyoalan yang berkesan (BPK, 2014).

Definisi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

6 Tahap pemikiran aras tinggi:


Senarai Kata Kerja bagi melaksanakan KBAT dalam Bilik Darjah

Sumber: BPK

Gambar-gambar KBAT SMJK Chung Ling

Kantin

Mesin Pengimbas Muka dan Kehadiran Murid

Papan Penyataan

Terowong KBAT

Unsur KBAT di Sekitar Sekolah

 

 
上一页 | What's New 主目录
What's New
留言板/Guestbook
Ads Banners

© Copyright 2020 - Chung Ling High School Penang 
Powered by WORK ActiveSync v4.0.5-org Retail Pack © Copyright www.was.com.my, 2020. All Rights Reserved. 

This page processed in 0.518899 second(s), PHP 5.6.40 with Gzip enabled

Sponsored by Exabytes Network Sdn. Bhd.